Nama :
Shobrina Jamila A12
TUGAS DIROSAH
MAKTABIYAH
BLIBLIOGRAFI FIQIH
· Matan :
Matan adalah kitab yang ditulis secara ringkas. Penulis
hanya memuatkan fakta-fakta penting tanpa memasukkan penjelasan yang panjang
dan terperinci terhadap sesuatu permasalahan fiqh. Penulis kitab jenis ini biasanya
menggunakan istilah-istilah yang dianggap tepat dan menyeluruh.
Kitab-kitab jenis ini lumayan sulit untuk dibaca
sekiranya tidak terdapat ulasan atau syarah dari mana-mana ulama atau fuqaha
yang menerangkan maksud dan makna pada setiap baris matan yang ditulis dalam
kitab-kitab tersebut.
Apa yang perlu diketahui juga ialah, kadang-kadang
matan ditulis oleh para fuqaha sebagai ringkasan yang dibuat dari kitab lain
yang dikenali sebagai mukhtasar. Seperti kitab al-Muharrar karangan Imam
al-Rafi’iyy yang diringkaskan dari kita al-Wajiz karangan Imam al-Ghazali. Malah
terdapat juga mukhtasar yang dibuat terhadap kitab mukhtasar yang seperti kitab
Minhaj al-Talibin karangan Imam Nawawi yang meringkaskan kitab al-Muharrar.
Antara bentuk penulisan kitab jenis ini juga ialah hanya
ditulis dalam bentuk nazam atau syair yang bertujuan untuk memudahkan para
pembaca atau pelajar menghafal setiap baris matan yang tertulis. Sebab itu lah
kitab jenis ini jarang digunakan sebagai rujukan melainkan oleh orang yang
telah pun terlebih dulu mempelajarinya atau dirujuk bersama-sama dengan kitab
lain.
·
Syarah :
Kitab jenis ini adalah kitab yang ditulis untuk
mengulas dan mensyarahkan matan atau mukhtasar. Penulis kitab ini akan mengulas
setiap istilah dan kenyataan yang sulit atau kurang jelas pemahamannya. Ulasan
juga dibuat terhadap pandangan dan ijtihad ulama lain terhadap sesuatu masalah
yang diperbahaskan. Penulis kitab ini juga kebiasaannya tidak melakukan
pentarjihan terhadap pendapat atau pandangan ulama-ulama yang mengarang kitab
tersebut.
Pengulas atau pen’syarah’ akan mengulas atau
mensyarahkan matan atau mukhtasar yang dihasilkannya sendiri atau pun dari
penulisan-penulisan orang lain. Malah terdapat juga Syarh yang mengulas kitab syarh
yang lain, seperti kitab Syarh Fathul Qadir karangan Ibnu al-Humam yang
mengulas kitab al-Hidayat karangan al-Marghinaaniyy. Kitab al-Hidayah juga
merupakan sebuah kitab syarh yang
mengulas kitab Bidayat al-Mubtadi’ karangan al-Marghinaaniyy sendiri.
Kitab jenis ini biasanya mempunyai jumlah halaman yang
banyak. Ini kerana kebanyakan dari ulama / fuqaha yang menulis dengan metode
jenis ini akan membawa berbagai pembahasan hukum-hakam furu’ dalam fiqh untuk
dijadikan contoh pada sesuatu permasalahan yang ingin dibahas atau disyarahkan.
Penulis atau pengulas kitab jenis ini juga biasanya
mempunyai hubungan dengan penulis kitab asal yang diulasnya , sama sebagai anak
murid kepada pengarang kitab asal atau sekurang-kurangnya sebagai pengikut
mazhabnya. Sebab itulah kita dapati , jarang sekali terdapat dari kalangan
pengulas/pen‘syarah’ tersebut yang menyanggahi atau menolak pandangan penulis
kitab asal yang mereka syarah/ulaskan.
·
Hasyiyah
:
Kitab jenis ini merupakan penulisan kitab fiqh yang
berbentuk ta’liq (komentar) atau mulahazhat (catatan) yang dilakukan terhadap
sesuatu syarh. Bentuknya hampir sama dengan bentuk penulisan secara atau jenis
syarh, tetapi bedanya penulis kitab jenis hasyiah ini hanya akan memilih
perkataan-perkataan atau ayat-ayat tertentu dalam kitab syarh untuk diulas
dengan komentar-komentar atau catatan yang tertentu.
·
Tahqiq :
Tahqiq adalah menetapkan dengan dalil dan bukti-bukti
dan menjelaskan yang shohih dari seputar permasalahan hukum dan juga menyeleksi
yang dhoif dengan dalil.
·
Tahdzib
:
Tahdzib adalah usaha untuk mengumpulkan suatu
naskh-naskh yang berkaitan dan menguraikan tentang suatu pokok bahasan tertentu
oleh ulama’ sehingga akhirnya menjadi sutu kitab sendiri atau bab sendiri dalam
kitab ulama’ tersebut.
·
Talhis :
Talhis adalah membuang pendapat-pendapat atau fikroh yang
tidak berlandaskan dalil dan menjaga pendapat yang berlandaskan dalil, atau
meringkas nash (kitab) yang panjang tetapi tetap menjaga makna-maknanya.
·
Tahsin :
Tahsin adalah suatu tambahan atau pengurangan dari
kitab aslinya, kemudian penambahan ataupun pengurangan tersebut digabungkan
supaya lebih baik dari kitab aslinya.
v Contoh matan dan pengembangannya :
Matan ‘Umdatut Tholib karya Manshur bin Yunus bin Idris
al-Bahuti al- Hanafi, kemudian disyarah (pengembangannya) oleh Utsman bin Ahmad
an-Najdi yang diberi judul Hidayatur Raghib li Syarhi ‘Umdatut Tholib.