Jumat, 01 Februari 2019


Nama : Shobrina Jamila A12

TUGAS DIROSAH MAKTABIYAH
BLIBLIOGRAFI FIQIH

·       Matan :

Matan adalah kitab yang ditulis secara ringkas. Penulis hanya memuatkan fakta-fakta penting tanpa memasukkan penjelasan yang panjang dan terperinci terhadap sesuatu permasalahan fiqh. Penulis kitab jenis ini biasanya menggunakan istilah-istilah yang dianggap tepat dan menyeluruh.

Kitab-kitab jenis ini lumayan sulit untuk dibaca sekiranya tidak terdapat ulasan atau syarah dari mana-mana ulama atau fuqaha yang menerangkan maksud dan makna pada setiap baris matan yang ditulis dalam kitab-kitab tersebut.

Apa yang perlu diketahui juga ialah, kadang-kadang matan ditulis oleh para fuqaha sebagai ringkasan yang dibuat dari kitab lain yang dikenali sebagai mukhtasar. Seperti kitab al-Muharrar karangan Imam al-Rafi’iyy yang diringkaskan dari kita al-Wajiz karangan Imam al-Ghazali. Malah terdapat juga mukhtasar yang dibuat terhadap kitab mukhtasar yang seperti kitab Minhaj al-Talibin karangan Imam Nawawi yang meringkaskan kitab al-Muharrar.

Antara bentuk penulisan kitab jenis ini juga ialah hanya ditulis dalam bentuk nazam atau syair yang bertujuan untuk memudahkan para pembaca atau pelajar menghafal setiap baris matan yang tertulis. Sebab itu lah kitab jenis ini jarang digunakan sebagai rujukan melainkan oleh orang yang telah pun terlebih dulu mempelajarinya atau dirujuk bersama-sama dengan kitab lain.

·       Syarah :

Kitab jenis ini adalah kitab yang ditulis untuk mengulas dan mensyarahkan matan atau mukhtasar. Penulis kitab ini akan mengulas setiap istilah dan kenyataan yang sulit atau kurang jelas pemahamannya. Ulasan juga dibuat terhadap pandangan dan ijtihad ulama lain terhadap sesuatu masalah yang diperbahaskan. Penulis kitab ini juga kebiasaannya tidak melakukan pentarjihan terhadap pendapat atau pandangan ulama-ulama yang mengarang kitab tersebut.

Pengulas atau pen’syarah’ akan mengulas atau mensyarahkan matan atau mukhtasar yang dihasilkannya sendiri atau pun dari penulisan-penulisan orang lain. Malah terdapat juga Syarh yang mengulas kitab syarh yang lain, seperti kitab Syarh Fathul Qadir karangan Ibnu al-Humam yang mengulas kitab al-Hidayat karangan al-Marghinaaniyy. Kitab ­al-Hidayah juga merupakan  sebuah kitab syarh yang mengulas kitab Bidayat al-Mubtadi’ karangan al-Marghinaaniyy sendiri.

Kitab jenis ini biasanya mempunyai jumlah halaman yang banyak. Ini kerana kebanyakan dari ulama / fuqaha yang menulis dengan metode jenis ini akan membawa berbagai pembahasan hukum-hakam furu’ dalam fiqh untuk dijadikan contoh pada sesuatu permasalahan yang ingin dibahas atau disyarahkan.

Penulis atau pengulas kitab jenis ini juga biasanya mempunyai hubungan dengan penulis kitab asal yang diulasnya , sama sebagai anak murid kepada pengarang kitab asal atau sekurang-kurangnya sebagai pengikut mazhabnya. Sebab itulah kita dapati , jarang sekali terdapat dari kalangan pengulas/pen‘syarah’ tersebut yang menyanggahi atau menolak pandangan penulis kitab asal yang mereka syarah/ulaskan.

·       Hasyiyah :

Kitab jenis ini merupakan penulisan kitab fiqh yang berbentuk ta’liq (komentar) atau mulahazhat (catatan) yang dilakukan terhadap sesuatu syarh. Bentuknya hampir sama dengan bentuk penulisan secara atau jenis syarh, tetapi bedanya penulis kitab jenis hasyiah ini hanya akan memilih perkataan-perkataan atau ayat-ayat tertentu dalam kitab syarh untuk diulas dengan komentar-komentar atau catatan yang tertentu.

·       Tahqiq :

Tahqiq adalah menetapkan dengan dalil dan bukti-bukti dan menjelaskan yang shohih dari seputar permasalahan hukum dan juga menyeleksi yang dhoif dengan dalil.

·       Tahdzib :

Tahdzib adalah usaha untuk mengumpulkan suatu naskh-naskh yang berkaitan dan menguraikan tentang suatu pokok bahasan tertentu oleh ulama’ sehingga akhirnya menjadi sutu kitab sendiri atau bab sendiri dalam kitab ulama’ tersebut.

·       Talhis :

Talhis adalah membuang pendapat-pendapat atau fikroh yang tidak berlandaskan dalil dan menjaga pendapat yang berlandaskan dalil, atau meringkas nash (kitab) yang panjang tetapi tetap menjaga makna-maknanya.

·       Tahsin :

Tahsin adalah suatu tambahan atau pengurangan dari kitab aslinya, kemudian penambahan ataupun pengurangan tersebut digabungkan supaya lebih baik dari kitab aslinya. 

v Contoh matan dan pengembangannya :

Matan ‘Umdatut Tholib karya Manshur bin Yunus bin Idris al-Bahuti al- Hanafi, kemudian disyarah (pengembangannya) oleh Utsman bin Ahmad an-Najdi yang diberi judul Hidayatur Raghib li Syarhi ‘Umdatut Tholib.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Muhasabah Diri (محاسبة النفس)

بسم الله الرّحمن الرّحيم “ محاسبة النفس ” ا لمقدمة           الحَمْدُ للهِ مُصَرِّفِ الأَحْوَالِ وَالأَوقَاتِ ، وَمُقَدِّرِ الأَيَّا...